Kebelakangan ini sering terdapat berita adanya bomoh baru (baru jadi bomoh). Biasanya yang jadi bomoh itu dari kalangan wanita muda (18th - 25 th), dan ada juga yg masih kanak2. Mereka ini saolah2 terpilih utk jadi bomoh, tanpa apa2 usaha atau mempunyai pelajaran mengenai perbomohan, dan mereka ini juga bukan dari keluarga bomoh. Bomoh2 ini tidak kekal lama - munkin utk tempoh setahun atau kurang. Tidak lama selepas bomoh ini tidak berkebolehan, munkin beberapa bulan atau setahun dua lepas itu, ada yang lain pula menganti menjadi bomoh.
Dlm tempoh sesaorang itu menjadi bomoh, namanya gah dan diketahui ramai. Tetamu jauh dan dekat akan mengunjuginya. Bilangan seratus orang dalam sesuatu malam yg datang utk berubat adalah biasa. Bayaran tidak ditetapkan. Namun, lumanyanlah bagi bomoh itu.
Kebanyakkan yg datang dan mendapat khidmat perubatan dari bomoh ini akan seterusnya menghebahkan berita keberkesanan atau mujarabnya bomoh ini. Kata2 spt: bomoh itu handal betul dan dapat mengubat dan menyembuhkan apa jenis penyakait pun, akan tersebar luas. Seterusnya ramai yg yakin bahawa bomoh ini dapat menyembuhkan. Lebih2 lagi mereka sebutkan bukti2 yg telah sembuh.
Persoalannya:
1. Apa atau siapakah yg melantik atau memberi "kebolehan" kpd bomoh2 ini utk mengetahui cara2 dan seterusnya dapat menjalankan aktiviti mengubat;
2. Tidakkan keyakinan bahawa bomoh itu dapat mengubat dan menyembuhkan salah dari pandangan Islam?
Sama2lah kita renungkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment