Kerapkali kita dengar penghujahan dikuatkan dengan istillah2 yang mudah difahami, biasa didengari, positif, dan diterima ramai. Namun sejauh manakah penggunaan istillah2 itu benar2 tepat, iaitu meliputi keperluan2 dan syarat2 yang berkaitan dengan maksudnya? Kita lihat contoh berikut:
1. Turun Padang - Sering digunakan dan membawa maksud yang positif, iaitu penglibatan pihak yang tertentu dengan mengambil berat dan menyaksikan sendiri apa yang ada dan berlaku dipadang. Mithalnya ada masaalah yang dihadapi petani berkaitan banjir lumpur dan putusnya hubungan jalan raya yang membataskankan pergerakkan petani untuk membawa keluar hasil pertanian mereka. Lawatan pihak2 yang berkenaan merupakan perkara positif (turun padang). Tetapi, jika lawatan itu dibuat beramai2 (macam pesta), dengan kenderaan yang menjalar, dan dengan pakaian kasut yang berkilat, bertalileher dan bercoat, adakah ini memenuhi msyarat turun padang. Bolehkah pihak2 berkenaan benar2 turun padang?
2. Prioriti - Terdengar akhir2 ini bahawa prioriti akan diberikan kepada pesakit tempatan dan tidak kepada warga asing, terutama dihospital kerajaan. Sekali imbas kita (warga Malaysia) akan berasa lega dan berpendapat inilah yang selayaknya! Namun, kita seakan2 lupa bahawa warga asing itu merupakan pekerja kita, kerapnya pula serumpun seagama dan juga merupakan tetamu kita. Bilakah hilangnya pekerti terpuji kita sebagai majikan yang perihatin, menghormati tetamu dan saudara seagama? Padahal, diwaktu yang sama kita sanggup pula menghantar kakitangan, perubatan dan berbagai keperluan lainnya kenegara2 yang bergolak, dengan menggadai nyawa orang2 kita dan perbelanjaan yang tinggi, demi keperhatinan kita. Sementara tetamu dan pekerja kita kita anggap orang 'asing' yang perlu diketepikan dengan asas prioriti. Prioriti disini sepatutnya digunakan untuk membuat pilihan, jika perlu, seperti berikut:
(i) memilih diantara warga asing diluar negar atau warga asing didalam negara.
(ii) memilih diantara dua kes perubatan berdasarkan keseriousannya - antara yang parah dan yang kurang parah. Mithalnya seorang pekerja asing yang remuk kakinya dihempap keluli semasa pembinaan sebuah masjid patut didahului (diberi prioriti), berbanding seorang (warga tempatan, rakyaat Malaysia) yang terseliur,mukin juga patah, kakinya akibat terjatuh di hypermarket akibat tingginya tumit kasut yang dipakai.
Ada banyak lagi contoh penggunaan istillah yang pada imbasan pertama dirasai bersesuain dengan keadaan, tetapi sebenarnya ianya boleh dibincangkan lagi. Pendeknya, kita kerapkali kuatkan hujah2 kita dengan istillah2 yang mudah diterima untuk keperluan kita sendiri, tanpa berlandaskan maksud dan keperluan sebenar istillah2 itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment