Minggu saham PNB biasanya ghairah dikunjungi oleh terutamanya kaum Bumiputra. Ramai dari mereka sudah faham, yakin dan berminat dengan pulangan yang ditawarkan. Tetapi, penyudahnya ramai Bumiputra tidak membelinya. Ini jelas dengan adanya lebihan unit yang diuntukkan kepada Bumiputra. Keadaan ini sudah berpanjangan melebihi 2 dekad. KENAPA?
Halangan utama adalah tahap kecairan kewangan yang rendah dikalangan Bumiputra yang rata2 makan gaji. Pendapatan sebulan sekali atau 2-minggu sekali telah terikat dengan berbagai hutang atau bayaran yang akhirnya menjadikan Bumiputra seakan-akan "kais pagi . . . ." Dalam kontek pelaburan, ramai dari kaum Bumiputra bolehlah dikatakan sebagai gulungan yang "miskin". Jadi unit2 yang ditawarkan oleh PNB akan terus tersimpan sehinggalah pihak yang lain dan lebih mampu dibenar membelinya. Ini tidak mustahil tidak berlaku kerana sebagai contoh, lebihan rumah 30% yang diuntukkan bagi Bumiputra, dengan potongan 5%, akhirnya dimiliki oleh rakyat Malaysia dari kaum lain yang lebih berkemampuan.
Ramai juga Bumiputra dahulunya membeli saham PNB melalui pinjaman bank.Tetapi bila pulangan merosot, dan pihak bank meminta bayaran tambahan setiap bulan, dan ini seterusnya mengganggu-gugat agihan ansuran sediada kepada anika jenis bayaran dan hutang (mithalnya: rumah, pengangkutan, orang gaji, tadika/taska, bas sekolah, perubatan, saraan ibu-bapa, dsbnya), mengakibatkan saham2 PNB perlu dilupuskan. Wal hasil balik asal.
Jadi ramai juga dari mereka ini kini menjadi "penasihat" kepada anak2, saudaramara, jiran dan lain2 kaki sembang, supaya tidak membeli melalui pinjaman bank kerana adalah sukar diduga untung-ruginya kerana bayaran balik melibatkan tempoh yang panjang. Berbelas atau berpuluh tahaun. Munkin pulangan merosot dan bayaran tambahan diperlukan oleh pihak bank dan pada masa itu jika kita sudah terikat dengan bayaran2 lain, saham2 itu perlu dijual. Penat sahaja. . . .
Satu2nya penyelesaian (munkin) ialah bantuan pihak berkaitan dengan bank supaya bank2memberi pinjaman sehingga 95% dan BAYARAN BALIK HANYA melalui potongan 100% dari dividen dan bonus. Tempoh masa bayaran balik adalah flexible dan bergantung kepada pulangan yang diterima. Tinggi pulangan, cepatlah hutang selesai. Walaupun cara ini munkin memakan masa yang panjang, dan pelabur hanya dapat menikmati pulangannya jauh dimasa hadapan, tetapi setidaknya Bumiputra akan lambat laun dapat menambah equiti mereka, dan ini seterusnya mengurangkan jurang pendapatan antara rakyat Malaysia. Tidaklah Bumiputra ketinggalan terlalu jauh dimasa hadapan.
Munkin juga ada saluran lain yang lebih baik untuk mengatasi masaalah lebihan saham PNB yang tidak dibeli oleh Biumiputra. Sama2lah difikirkan dan dilaksanakan demi mengurangkan jurang pendapatan diantra rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment